Tuesday 10 December 2019

KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat enam kategori orang berkeperluan khas yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu:
1 – Kurang Upaya Pendengaran 
  • Kurang upaya pendengaran termasuk pekak dan bisu.

2 – Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang upaya penglihatan termasuk rabun dan buta.


3 – Kurang Upaya Fizikal 
  • Kurang upaya fizikal merupakan kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.

4 – Celebral Palsy  
  • Cerebral palsy meliputi hemiplegia (sebelah badan), diplegia (kedua belah kaki) dan kuadriplegia (kedua-dua belah tangan dan kaki).

5 – Masalah Pembelajaran 
  • Masalah pembelajaran merupakan lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal (berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti disleksia, dispraksia, diskakulia, dan lain-lain.

6 – Lain-lain 
Lain-lain bermaksud kecacatan menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.
 
 
rujukan: https://www.pendidik.com.my/2017/06/08/ketahui-7-kategori-murid-berkeperluan-khas/

Monday 9 December 2019

CONTOH GAMBAR KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS













CIRI-CIRI KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Ciri-ciri Fizikal

  • Kanak-Kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.


Ciri-ciri Intelek

  • Mempunyai daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi bahasa.
  • Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif rendah
  • Hanya dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.


Ciri-Ciri Tingkah Laku

  • Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
  • Mudah Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
  • Sikap dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid biasa.
  • Minat kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

Sunday 8 December 2019

PENGESANAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Dalam soal pengendalian kanak-kanak khas, dua prinsip utama perlu diikuti iaitu mengenal pasti kecacatan seawal mungkin dan menjalankan intervensi awal berdasarkan masalah yang dihadapi. Ini penting kerana kadar tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat sekali pada peringkat usia di bawah lima tahun iaitu apa yang disebut sebagai critical periods of growth and development.
Dr Aminah Bee (2000), menggariskan peranan pihak sekolah daripada segi pengesanan awal iaitu:

  • Guru kelas biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian ataupun kurang cekap dalam pelajaran.
  • Guru kelas biasa perlu sedar terdapat dalam kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan jangan meletakkan label 'malas' ataupun 'bodoh' kepada murid.
  • Guru kelas biasa dapat merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid.
  • Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi mengenal pasti masalah pembelajaran spesifik kerana sepatutnya ia sudah dapat menulis namanya sendiri.
  • Merujuk kanak-kanak kepada pasukan kesihatan sekolah ataupun klinik kesihatan yang berdekatan bagi pemeriksaan lebih terperinci.
  • Mengetahui tanda-tanda awal masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.
Bailey (1996) menggariskan empat rasional bagi kepentingan intervensi awal dengan melibatkan pelbagai pakar:
  1. Kanak-kanak dengan keperluan khas mengalami pelbagai masalah dan perlu dikendalikan oleh pelbagai pakar.
  2. Pakar-pakar yang mengendali kanak-kanak khas ini perlu menentukan objektif dan rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak dalam pelbagai bidang.
  3. Komitmen semua pihak diperlukan bagi melaksanakan perkhidmatan yang dicadangkan untuk kanak-kanak khas.
  4. Keputusan yang diambil bagi menentukan serta melaksanakan perkhidmatan melibatkan pelbagai disiplin.
Program intervensi awal di Malaysia dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengendalikan kanak-kanak dengan keperluan khas di peringkat umur 0 hingga 3 tahun. Manakala, di peringkat umur 4 hingga 6 tahun, iaitu peringkat prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah dengan menyediakan program Pendidikan Khas Prasekolah bagi ketiga-tiga kategori ketidakupayaan iaitu masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran, mulai tahun 2003.

Friday 6 December 2019

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
 
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal.



Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku

sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum
.


Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. 



McDonnell et a (1995) mengklasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku.


Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek pembelajaran jika mereka:
1.Mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya,

2.Mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

3.Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.


Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
 
Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).
 
Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.
 

Thursday 14 November 2019

MASALAH GAJET






KETAGIHAN GAJET

Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
.

Wednesday 13 November 2019

MASALAH AUTISME






     APA ITU AUTISME ?

Apa itu autisme? Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme
Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya.