Monday 11 November 2019

KES DERA

   Pertama kali rakyat Malaysia terdedah kepada klausa “penderaan kanak-kanak” adalah pada 1990 melibatkan seorang bayi berusia 26 bulan, Balasundram yang dibunuh secara kejam selepas didera oleh teman lelaki ibu kandungnya.

   Kes tersebut menjadi titik tolak terpenting dalam sejarah keganasan domestik melibatkan kanak-kanak dan bayi sehingga pihak berkuasa undang-undang tampil memperkenalkan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.

   Sebenarnya kes penderaan sudah lama berlaku, cuma masyarakat Malaysia kurang menyedari masalah tersebut sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian. Ini kerana ia melibatkan ahli keluarga atau mereka yang dikenali secara rapat, justeru ia tidak dilapor demi menjaga nama dan maruah keluarga.

   Namun, selepas kes penderaan pertama, semakin banyak kes yang mula dilapor dan diberi liputan meluas media khususnya penderaan yang membawa kepada kematian.Ingat, penderaan kanak-kanak ini bukan sahaja melibatkan kecederaan iaitu fizikal sebaliknya turut melibatkan emosi, seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.

   Menurut statistik, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun. Dan hanya melibatkan kes yang dilapor, kes yang tidak dilaporkan mungkin berganda-ganda banyaknya.

   Berita ini merujuk kepada kes pendedahan dan tangkapan yang dibuat pada 2018 sahaja.

Image result for berita kanak-kanak di dera oleh pengasuh 2018

No comments:

Post a Comment