Thursday 17 October 2019

PENGENALAN TMK



PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Image result for ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Melalui penggunaan ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.



KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ?

Pendekatan ini digunakan untuk:

1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.Memperolehi maklumat dengan mudah.
3.Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH



Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih menggunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpual dan membina maklumat. Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak-kanak (immediate perception). Pengetahuan kanak-kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan. Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah. 

No comments:

Post a Comment