KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK:
1.Bahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan berulangkali.
1.Bahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan berulangkali.
- ABM/BBM yang dihasilkan melalui ICT dapat digunakan secara berulangkali kerana dapat disimpan di dalam komputer.
2.Alat pemudah komunikasi.
- Membolehkan kanak-kanak dan guru untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk daripada lokasi yang berbeza.
3.Menarik perhatian kanak-kanak ketika proses pdp berlangsung.
- Hal ini kerana penggunaan aplikasi seperti Microsoft, powerpoint, dan lain-lain dapat menunjukkan imej dan visual yang menarik dan berwarna-warni yang dihasilkan oleh guru.
4.Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
- Dalam sesebuah kelas tidak semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar. Melalui penggunaan ICT kanak-kanak dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan.
5.Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
- Guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga dapat mencari makluma-maklumat tentang pengajaran yang lebih baik.
KEBAIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK:
1.Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi.
- Kanak-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan yang menarik seperti warna, cahaya, bunyi dan gambar.
2.Mendidik kanak-kanak mendalami ilmu tentang dunia teknologi.
- Dapat melatih dan mendidik mereka mengendalikan komputer dengan lebih cekap.
3.Meningkatkan daya kefahaman kanak-kanak.
- Sebagai contoh, dalam pengajaran subjek sejarah yang memerlukan kanak-kanak mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.
4.Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
- Menekan kekunci dan menggunakan tetikus dapat membantu dalam membaiki kemahiran motor kanak-kanak sekaligus meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka.
5.Menjadikan komunikasi jarak jauh satu kenyataan.
- Kanak-kanak dapat bercakap dan berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga yang berada jauh.
KELEMAHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK:
1.Terlalu mahal untuk dimiliki.
- Bagi sekolah-sekolah di luar bandar peruntukan untuk kemudahan-kemudahan dari segi teknologi adalah terhad.
2.Sumber maklumat yang tidak menyakinkan.
- Maklumat yang pelbagai boleh menyebabkan kekeliruan dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
3.Kekurangan bahan sumber.
- Jika peralatan tidak cukup atau tidak lengkap ianya akan menimbulkan masalah dan hanya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar.
4.Penggunaan internet yang terhad.
- Bagi kawasan luar bandar, untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki juga adalah terhad kerana tidak mempunyai sumber internet yang laju dan mencukupi.
5.Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kanak-kanak menggunakan ICT hanya untuk bermain permainan daripada untuk mencari hal yang berkaitan pelajaran.
KEBURUKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK:
1.Membantutkan perkembangan sosial.
- Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ingin memenangi permainan yang dimainkan oleh mereka.
2.Menjejaskan kesihatan.
- Memberi impak kesihatan yang buruk kepada kanak-kanak seperti masalah penglihatan, kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh kerana terlalu fokus kepada permainan sehingga mengabaikan masa makan mereka.
3.Kecelaruan penggunaan bahasa.
- Kebanyakkan pengguna internet tidak menghiraukan laras bahasa yang betul semasa mereka menulis.
4.Terpengaruh dengan budaya tidak sihat.
- Kanak-kanak akan meniru aksi lasak dan ganas yang dipaparkan di internet atau di kaca televisyen.
5.Perkembangan fizikal terbantut.
- Ini kerana apabila mereka menggunakan gajet, mereka tidak membina otot yang diperlukan untuk menulis. Jika mereka tidak melakukan aktiviti menulis di atas kertas dan menggunakan pensil, ia akan menyebabkan otot-otot tangan mereka menjadi lemah.
No comments:
Post a Comment