Thursday 17 October 2019

PENGENALAN TMK



PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Image result for ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian. Melalui penggunaan ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.



KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ?

Pendekatan ini digunakan untuk:

1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2.Memperolehi maklumat dengan mudah.
3.Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH



Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih menggunakan deria (penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpual dan membina maklumat. Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak-kanak (immediate perception). Pengetahuan kanak-kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan. Mengetahui apa yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah. 

Wednesday 16 October 2019

PERISIAN KOMPUTER



KOMPUTER

*Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi dan logik 

Image result for KOMPUTER




TETIKUS
*Tetikus adalah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata.

Image result for MOUSE















PAPAN KEKUNCI
*Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling terkenal untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Image result for KOMPUTER












PEMBESAR SUARA
*Pembesar suara merupakan alat yang menerima gelombang atau variasi-variasi lain dari satu sistem dan memaklumkannya kepada bahagian yang berkenaan. Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil darimana ia boleh diterima oleh telinga.


Image result for PEMBESAR SUARA



Unit pemprosesan pusat (cpu)
*Salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakkan unit pemprosesan pusat (cpu), tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal Dalam


Image result for CPU

Tuesday 15 October 2019

RPH BERKAITAN ICT

  • TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI (AWAL MATEMATIK)

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : Tadika perpaduan
Tarikh : 1/10/2019
Masa : 35 minit
Bil.Murid : 1 orang
Umur : 5-6 Tahun
Modul : Bertema
Tema : Alam bahan
Subtema : Peralatan
Tajuk : Mari Mengira
Tunjang utama : Tunjang Sains dan Teknologi (Awal Matematik)
Fokus : (MA 2.0) Konsep nombor
Standard kandungan : (MA 2.1) Memahami nombor 1-10
Standard pembelajaran : (MA 2.1.9) Menyusun kumpulan objek mengikut tertib menaik dan
                                                           Menurun.
Kesepaduan tunjang : Tunjang Fizikal dan Estetika
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat :- 
 1.Mengeja angka 1-5. 
 2.Menyatakan bilangan nombor menggunakan cop jari.
Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak sudah mengenal nombor.
Kemahiran berfikir : Membuat cop jari mengikut arahan.
Penerapan nilai : Berani, mendengar arahan guru dan bersemangat.
ABM/BBM : Video, telefon, batang aiskrim, kertas aktiviti.
Kosa kata : Cop jari, haiwan.



  • TUNJANG KEMANUSIAAN

 Rancangan Pengajaran Harian

Kelas:Tadika Perpaduan
Tarikh:30/10/2019
Masa:30 minit
Bil. Murid:30 orang
Umur:5 tahun
Modu:Bertema
Tajuk/Tema:Diri saya
Subtema:Keluarga saya
Tunjang utama:Tunjang kemanusiaan
Fokus:(KM 1.0) Saya dan keluargan
Standar kandungan:(KM1.1)Memahami diri dan hubungan dengan keluarga.
Standard pembelajaran:(KM1.1.3)Menerangkan tentang salasilah keluarga sendiri.
Kesepaduan tunjang:Bahasa dan komunikasi
Objektif pembelajaran:Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:
1.Menyebut nama-nama ahli keluarga.
2.Menulis nama keluarga.
Pengetahuan sedia ada:Kanak-kanak kenal ahli keluarga.
Kemahiran berfikir:Membezakan hubungan ahli keluarga sendiri dan ahli keluarga lain.
Penerapan nilai:Mendengar arahan guru.
ABM/BBM: Lembaran kerja,
Kosa kata:Atuk,nenek,ibu,bapa



  • TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Rancangan Pengajaran Harian

Kelas:Tadika Perpaduan
Tarikh:30/10/2019
Masa: 30 minit
Bil. Murid:30 orang
Umur:5 tahun
Modul:Asas
Tunjang utama:Tunjang kerohanian,sikap dan nilai.
Fokus:(Pl  1.0)Al-quran
Standar kandungan (Pl 2.3)Memahami maksud nama allah (asma”ul Husna)
Standard pembelajaran:(Pl 12.3.2)Menjelaskan nama-nama Allah dengan contoh:
              a)Ar-Rahman (maha pemurah)
              b)Al-Rahim(maha penyayang)
              c)Al-Malik (maha berkuasa)
              d)Al-Hakim(maha bijaksana)
              e)Al-Ghafur(maha pengampun)
Kesepaduan tunjang:Komunikasi dan sikap
Objektif pembelajaran:Di akhir pembelajaran kanak-kanak dapat:-
1.Menyebut nama Allah dengan maksud sekali.
2.Menulis nama-nama Allah.
Pengetahuan sedia ada: Mengetahui nama-nama Allah.
Kemahiran berfikir:Membezakan nama Allah,nama Nabi
Penerapan nilai:Mendengar arahan guru,berani.
ABM/BBM:Kad bernama Allah ,kad bernama Nabi ,lembaran kerja,pensel
Kosa kata:Allah,Nabi
  • TUNJANG FIZIKAL & ESTETIKA 

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas : Tabika Perpaduan
Tarikh/hari : 4/8/2019 / Ahad
Masa : 40 Minit
Bil murid : 1 orang
Umur : 6 tahun
Modul : Bertema
Tajuk : Marakas saya
Tema : Muzik
Subtema : Alat muzik
Tunjang utama : Tunjang fizikal & estetika
Fokus : (KE 3.0) Seni visual
Standard kandungan : (KE 3.3) Mengzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni  (ekspresi kreatif)
Standard pembelajaran :(KE 3.3.6) Menghasilkan karya kreatif menggunakan bahan kiar semula
Kesepaduan tunjang : Tunjang komunikasi

Objektif pembelajaran :Di akhir pembelajaran ini kanak-kanak dapat:-
                          
     1. Menggoncangkan alat muzik
     2.Mengecat botol air menggunakan cat air
     3.Memasukkan beras ke dalam botol

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak sudah mengenal warna
Kemahiran berfikir : Kanak-kanak dapat membezakan bunyi muzik
Penerapan nilai : Mendengar arahan guru
ABM/BBM : Komputer riba, pembesar suara, Marakas , cat air , berus cat , botol air , beras , tin , kacang hijau , pita pelekat berwarna , hot glue gun
Kosa kata : Marakas , goncang



  • TUNJANG KOMUNIKASI


Rancangan pengajaran harian

Kelas : Tadika Perpaduan
Tarikh/hari : 3/10/2019 / Khamis
Masa : 40 Minit
Bil murid : 10 orang
Umur : 5 dan 6 tahun
Modul : Bertema
Tajuk : Haiwan peliharaan
Tema : Alam hidupan
Subtema : Hidupan laut
Tunjang utama : Tunjang komunikasi
Fokus : (BM 1.0) Kemahiran mendengar dan bertutur
Standard kandungan : (BM 1.3) Mendengar dan mengecam bunyi bahasa
Standard pembelajaran : (BM 1.3.4) Mendengar, mengecam, dan menyebut perkataan
Kesepaduan tunjang : Tunjang komunikasi
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini kanak-kanak dapat :-

1)Menyebut hidupan laut 
2)Mengeja jenis hidupan laut 
3)Membezakan hidupan laut dan hidupan didarat.

Pengetahuan sedia ada : Kanak-kanak sudah mengenali hidupan laut dan hidupan darat
Kemahiran berfikir : Kanak-kanak dapat mebezakan hidupan laut
Penerapan nilai : Mendengar arahan guru
ABM/BBM : - Komputer, Pembesar suara, video, lembaran kerja , pencil warna, pencetak
Kosa kata : Ikan, udang, ketam, penyu