Thursday, 14 November 2019

MASALAH GAJET






KETAGIHAN GAJET

Kajian menunjukkan anak-anak di bawah umur 2 tahun yang di biarkan menonton rancangan di TV akan mengalami efek negatif yang lama pada perkembangan bahasa, skil membaca dan ingatan memori jangka pendek. Kesan menonton TV pada 2 tahun pertama juga akan mengganggu tidur dan tumpuan anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Kajian di Malaysia yang ada dilaporkan dalam sebuah mesyuarat ECCE Council baru-baru ini menyatakan bahawa 10 tahun dahulu, kadar masa fokus bagi pelajar di dalam kelas adalah 13 minit. Hari ini, kadar masa fokus telahpun jatuh pada hanya 4 saat. Ramai guru yang mengadu tentang permasalahan mengawal anak murid dalam kelas, dan inilah antara puncanya; terlalu banyak didedahkan dengan pelbagai jenis gajet, tanpa pengawalan yang serius.
.

Wednesday, 13 November 2019

MASALAH AUTISME






     APA ITU AUTISME ?

Apa itu autisme? Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnosis dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme
Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya.

Tuesday, 12 November 2019

KES PEMBUANGAN BAYI

Sebelum ini kita sering diperkatakan dengan kes2  yang berlaku di negara kita seperti pencabulan, rogol, sumbang mahram, pecah
masuk, lumba haram, penderaan anak2,pergaulan bebas, penagihan dadah, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat. Kini, kita pula
dikejutkan dengan KES PEMBUANGAN BAYI semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran islam yang menjadi pegangan.
 
               Masyarakat yang sering terlibat dalam kes ini terutamanya 
ialah kalangan remaja masa kini. Hal ini kerana sikap2 remaja yang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan kemanusiaan dalam diri mereka sehingga mengakibatkan kes ini berlaku di negara kita. Malah, mendatangkan kesan2 negatif  kepada semua pihak iaitu, individu,
masyarakat, dan juga negara. 

                Oleh itu, penularan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini perlu diatasi dengan segara oleh pihak berkenaan agar imej negara dan nama baik negara kita tidak terjejas. Malah, negara kita akan menjadi lebih maju dan tidak akan dipandang hina oleh
negara kita.
Image result for SURAT AKHBAR BUANG BAYI  2019

Monday, 11 November 2019

KES DERA

   Pertama kali rakyat Malaysia terdedah kepada klausa “penderaan kanak-kanak” adalah pada 1990 melibatkan seorang bayi berusia 26 bulan, Balasundram yang dibunuh secara kejam selepas didera oleh teman lelaki ibu kandungnya.

   Kes tersebut menjadi titik tolak terpenting dalam sejarah keganasan domestik melibatkan kanak-kanak dan bayi sehingga pihak berkuasa undang-undang tampil memperkenalkan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.

   Sebenarnya kes penderaan sudah lama berlaku, cuma masyarakat Malaysia kurang menyedari masalah tersebut sebagai satu isu yang perlu diberi perhatian. Ini kerana ia melibatkan ahli keluarga atau mereka yang dikenali secara rapat, justeru ia tidak dilapor demi menjaga nama dan maruah keluarga.

   Namun, selepas kes penderaan pertama, semakin banyak kes yang mula dilapor dan diberi liputan meluas media khususnya penderaan yang membawa kepada kematian.Ingat, penderaan kanak-kanak ini bukan sahaja melibatkan kecederaan iaitu fizikal sebaliknya turut melibatkan emosi, seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.

   Menurut statistik, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun. Dan hanya melibatkan kes yang dilapor, kes yang tidak dilaporkan mungkin berganda-ganda banyaknya.

   Berita ini merujuk kepada kes pendedahan dan tangkapan yang dibuat pada 2018 sahaja.

Image result for berita kanak-kanak di dera oleh pengasuh 2018

Sunday, 10 November 2019

KES TERSEDAK SUSU

Image result for berita kanak-kanak tersedak susu  2018


Bayi tercungap-cungap! Bayi jadi biru! Seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu. Keadaan ini berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum. Ia boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau pneumonia kerana susu yang diminum masuk ke dalam salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran feeding bayi.